Pages

Tuesday 15 November 2016

Tips Kurangkan Stress




Kurangkan Stres Dengan 3 Langkah Mudah

Adakah hidup anda dikuasai oleh stres? Tuntutan tugas di tempat kerja, tugas di luar tempat kerja, kemajuan teknologi yang memaksa kita sentiasa terlibat, dan banyak lagi lencongan lain membuat kita tidak punyai banyak masa untuk berehat dewasa ini.

Akibatnya: Ramai orang hidup dalam keadaan yang sentiasa stres, yang akhirnya boleh membawa kepada masalah psikologi dan fizikal. Penyelesaiannya? Ia bermula dengan mencari cara mudah untuk mengurangkan stres secara harian. Berikut adalah tiga cara yang anda boleh gunakan hari ini untuk maju beberapa langkah lebih dekat dengan zon rendah stres:

1. Tutupkannya: Telefon sel dan Internet telah menjadikan budaya berkomunikasi dan ledakan informasi 24/7 kepada kita. Hasilnya? Kita tidak punyai masa untuk benar-benar berehat. Masa kini, berehat hanya bermaksud menjawab e-mel, update Facebook atau melayari laman demi laman di Internet. Semua aktiviti ini bukan sahaja tidak memberikan anda masa untuk berehat dan menghilangkan stres; malah ia sebenarnya boleh meningkatkan tahap stres anda.

Penyelesaian: Tetapkan tempoh masa tertentu pada waktu siang untuk menjawab e-mel atau melayari laman Web. Memandangkan kedua-dua aktiviti tersebut ada kaitan dengan hari kerja bagi ramai orang, cara terbaik untuk mencapainya adalah komited untuk mengadakan masa “bebas teknologi” pada waktu malam, mungkin dari 7 malam ke atas. Rebutlah masa beberapa jam sebelum tidur untuk mencari cara bagi menghilangkan stres dan berehat tanpa teknologi.

2. Luahkannya: Stres menjadi masalah besar, fizikal dan psikologi, apabila ia terkumpul. Stres perlu dilepaskan, jika tidak ia akan terkumpul dan menjadi besar, seterusnya mengawal hidup dan setiap pemikiran anda. Mereka yang tidak dapat melepaskan stres dengan cara positif kemungkinan akan membentak orang lain, yang boleh menyebabkan keretakan besar kepada hubungan, persahabatan dan juga kerjaya.
Penyelesaian: Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan stres adalah meluahkan apa yang membuat anda stres. Anda boleh meluahkannya kepada rakan atau orang yang disayangi, malah kepada orang yang baru dikenali jika beliau satu-satunya orang yang ada berdekatan. Meluahkan tentang apa yang mengganggu anda akan menghasilkan dua perkara penting: Ia membolehkan anda meluahkan kekecewaan anda berbanding mengumpulnya di dalam jiwa; dan ia membuka pintu kepada perspektif lain, yang mungkin memberi anda ilham bagaimana untuk mengurangkan keadaan yang menyebabkan stres. Malah berjalan kaki atau berjoging sendirian dan bercakap dengan diri sendiri tentang stres yang dialami dapat membantu.

3. Rendahkannya: Apabila semua yang lain gagal, tidak ada penghilang stres yang lebih baik daripada sedikit R & R – sudah tentu rehat dan rawat (bersantai). Kuncinya adalah tidak perlu menunggu hari “cuti besar” anda selalu rancangkan tetapi tidak pernah berkesempatan untuk mengambilnya. Anda boleh mengambil cuti mental dan fizikal tanpa membeli tiket kapal terbang atau bahkan meninggalkan rumah anda. Semuanya adalah mengenai meluangkan masa untuk berehat; lagi pula, anda memang patut dapat semua itu, terutamanya apabila begitu banyak bidang kehidupan anda yang begitu sibuk.
Penyelesaian: Cari 10 minit sekurang-kurangnya tiga kali sehari untuk melakukan sesuatu untuk diri sendiri – bukan orang lain, bukan untuk majikan. Sama ada berjalan-jalan, duduk diam, atau menikmati suasana yang tenang atau mandi yang menenangkan, berikan diri anda masa bebas tekanan yang badan dan minda anda berhak untuk dapatkan, dan ia akan berterima kasih dengan memberikan anda kehidupan yang lebih rendah stres.

Bila bercakap tentang stres, kita mahu tiada stres atau sekurangnya, rendah stres.

#JomSihat 
#SihatSambilBeramal 
#BloodTestKtn 
#UjianDarah 
#MutiaraSynergy 

Mutiara Synergy Consultant 
~Giving The Gift of Life~

0 comments:

Post a Comment