Pages

Soalan Lazim

En. Nizam dari Kerteh, "Ade jual barang ke?"
MSC, "Maaf, kami tiada melakukan sebarang jualan produk. Kami hanya menawarkan khidmat nasihat secara percuma".

En. Ahmad dr Gebeng, "Banyak ke amik darah?"
MSC, " Kami cuma ambil darah sebanyak 8ml sahaja, bukan sebanyak derma darah.

Cik Nur dr Sungai Isap, "Sakit x?"
MSC, "Pegawai perubatan kami terlatih dan berpengalaman.Cik tak perlu risau pasal sakit".

Pn. Shima dari Inderapura "Berapa kos kalau nak buat?"
MSC, "Harga yang kami tawarkan adalah lebih rendah dari pasaran. serendah RM100* untuk pemeriksaan darah menyeluruh tersebut.

En. Faizal dari Kempadang, "Saya xde masa la"
MSC, "Encik tak perlu risau. kami menawarkan perkhidmatan yang tidak terdapat di pasaran. Kami akan ke tempat encik untuk ambil darah, dan hantar laporan terus ke tangan encik tanpa perlu encik datang ke tempat kami".

En. Rahman dari Bukit Goh, "Lame ke nak tunggu laporan?"
MSC,"Laporan akan tersedia dalam tempoh 2 hari sahaja, yang ana kami akan hantar ke tangan tuan di tempat tuan".

Cik Sharifah dari Gambang, "Ade pape caj tersembuyi lg x?"
MSC, "Kami tidak mengenakan sebarang cas tambahan untuk rundingan mahupun pembacaan laporan. harga adalah seperti yang telah dipersetujui sejak dari awal sebelum menjalani ujian".

Pn Yati dr Balok, "Bape kali kene wat ujian darah ni?"
MSC, "Laporan kami sah digunakan sekurang-kurangnya selama setahun, yang mana puan boleh jadikan pemeriksaan kesihatan sebagai rutin tahunan untuk sentiasa memantau tahap kesihatan puan".

Pn. Yap dari Kemaman, "Laporan saya ni terdedah x?"
MSC, "Segala laporan adalah sulit, dan hanya puan akan mendapat laporan kesihatan puan".

Cik. Mas dari Rompin, "Cane cara pembayaran?"
MSC, "Cik boleh bayar semasa ambil darah ataupun selepas penyerahan laporan dilakukan".

Puan Diana dari Sungai Soi, "Kalau syarikat saya nak wat utk sume staff cane?''
MSC, "Puan boleh ketengahkan kepada pihak syarikat puan. Sekiranya memerlukan bahan tambahan untuk pembentangan, kami akan sediakan. Atau puan boleh tetapkan masa untuk pihak kami melakukan pembentangan kepada pihak majikan."

0 comments:

Post a Comment