Pages

Sunday 13 November 2016

Remaja 11 Tahun Mengalami Kerosakan Usus Besar


KUALA LANGAT - Tatkala melihat kelincahan Puteri Aien Hairul Sha, 11, siapa sangka dia sebenarnya mengalami implikasi kerosakan usus besar (severe enterocolitis).

Ibunya, Murni Moain, 34, berkata, anak sulungnya itu berdepan dengan masalah untuk membuang air besar sejak berumur setahun sehingga terpaksa berulang alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan. 

Menurutnya, selepas menjalani pembedahan April lalu, sebahagian usus terpaksa dikeluarkan untuk proses perkumuhan sementara menunggu proses seterusnya.

“Akak reda dengan apa yang berlaku dan yakin Aien dapat kembali normal seperti sedia kala apabila doktor pun bagi tahu keadaan ususnya boleh dipulihkan.

“Cumanya akak risau bila Aien ni terlalu aktif, takut boleh ganggu proses pemulihan seterusnya.. kemudian untuk kembali normal pula akak bimbang lambat,” katanya yang mengakui anaknya sangat aktif dan gemar bermain bola jaring.

Murni berkata, hanya bergantung dengan pendapatan suaminya yang bekerja kilang sebanyak RM900, sudah pasti ia tidak mencukupi untuk menyara keluarga termasuk seorang lagi anak perempuannya berusia tiga tahun.

“Buat masa ini Lembaga Zakat memang beri bantuan ostomy bag dua kotak bernilai RM400 dan kami terpaksa beli lagi satu kotak tambahan.

“Lain-lain tu kos beli susu khas, vitamin, pencuci (steril) untuk bersihkan kawasan usus Aien kami terpaksa tanggung sendiri,” katanya ketika menerima kunjungan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kanchong Darat, Samingan Samin bersama Pengerusi Belia 4B Kuala Langat, Hafez Shuriddin di rumahnya di Kanchong Darat.

Bapa Aien, Hairul Sha Juberi, 37, anaknya pernah beberapa kali dimasukkan ke wad dan mendapatkan rawatan di unit kecemasan namun bersyukur anaknya masih sihat.

“Apa yang saya harapkan proses pemulihan anak saya ni akan segera beransur pulih, walaupun saya faham ia bergantung kepada aktiviti anak saya sendiri.

“Tapi saya yakin anak kami dapat kembali sihat seperti anak-anak lain,” katanya Aien kini mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Dipetik dari akhbar Sinar Harian 10 November 2016
Sumber: Sinar Harian

#JomSihat 
#SihatSambilBeramal 
#BloodTestKtn 
#UjianDarah 
#MutiaraSynergy 

Mutiara Synergy Consultant 
~Giving The Gift of Life~

0 comments:

Post a Comment