Pages

Sunday 13 November 2016

Buah dan Jantung


Kajian selama tujuh tahun yang melibatkan hampir setengah juta subjek menyimpulkan bahawa pengambilan buah-buahan setiap hari mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung sebanyak 40%.
Dr. Huaidong Du daripada Oxford membentangkan kajian tersebut di Kongres Persatuan Kardiologi yang diadakan di Barcelona baru-baru ini.

Peserta kajian adalah daripada China Kadoorie Biobank, yang dipilih daripada 10 kawasan di China. Sampel kajian berjumlah 451,681 orang yang tidak mempunyai sejarah penyakit jantung dan tidak mengambil ubat-ubatan untuk hipertensi.

Pengambilan buah-buahan subjek direkodkan dan dikategorikan seperti berikut: tidak pernah, sebulan sekali, satu hingga tiga hari seminggu, empat ke enam hari seminggu atau tiap-tiap hari.

Kira-kira 18% daripada peserta memakan buah-buahan setiap hari dan 6.3% tidak pernah makan buah-buahan, dengan purata jumlah harian sebanyak 1.5 hidangan, kira-kira 150g.

Risiko keseluruhan mendapat penyakit jantung kurang sebanyak 25% hingga 40% bagi mereka yang memakan buah-buahan setiap hari. Menurut kajian tersebut, makan buah-buahan juga menurunkan tekanan darah.

Makan buah setiap hari dikaitkan dengan tekanan darah sistolik 3.4mmHg lebih rendah dan tekanan darah diastolik 4.1mmHg lebih rendah berbanding dengan mereka yang menjauhi buah.

Analisa berasingan melihat kepada kadar kematian keseluruhan relatif kepada pengambilan buah-buahan di kalangan 61,000 orang pesakit daripada China Kadoorie Biobank, yang dikeluarkan daripada kajian terdahulu disebabkan mempunyai penyakit jantung atau hipertensi. Di kalangan kumpulan ini, pengambilan buah-buahan setiap hari mengurangkan risiko kematian keseluruhan sebanyak 32% berbanding dengan yang tidak memakan buah-buahan.

#JomSihat 
#SihatSambilBeramal 
#BloodTestKtn 
#UjianDarah 
#MutiaraSynergy 

Mutiara Synergy Consultant 
~Giving The Gift of Life~

0 comments:

Post a Comment