Pages

Tuesday 11 October 2016

Tips Mencegah Kanser



Setiap orang mempunyai sel kanser di dalam tubuh masing-masing yang dikenali sebagai sel kanser (onco-cells) yang dikawal oleh gen kanser iaitu Oncogene. Sel ini tidak dapat dikesan dalam ujian biasa sehingga ia membiak tanpa kawalan ke jumlah beberapa ribu juta. Sel-sel ini hanya akan dapat dikesan apabila telah membesar ke satu saiz yang mampu dikesan, dan pada masa itu agak sudah terlewat untuk menghalangnya daripada terus membiak yang akhirnya orang itu dikenali sebagai pesakit kanser.

Kanser adalah penyakit yang sangat digeruni kerana biasanya penyakit ini sukar untuk didiagnosis pada peringkat awal. Oleh itu, eloklah kita mengambil langkah awal untuk mencegah kanser sebagai ikhtiar, sebelum sel kanser yang sedia ada dalam badan diaktifkan oleh bahan karsinogenik yang dimakan atau diambil (terdedah). Semoga kita semua dijauhkan daripada penyakit yang berbahaya ini… amin.

Berikut adalah tips untuk mencegah kanser

Kaedah mencegah kanser

Di negara kita, kanser menjadi pembunuh kedua selepas kemalangan jalan raya. Namun berita baik mengenai kanser, ia boleh dicegah! Berikut adalah garis panduan yang dikeluarkan oleh Institut Penyelidikan Kanser Amerika Syarikat dan Dana Penyelidikan Dunia untuk Kanser dalam usaha mencegah bahaya kanser.

1. Pilih diet berasaskan tumbuh-tumbuhan dengan sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang serta kurangkan pengambilan makanan ruji berkanji yang diproses. Makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan dianggap diet paling baik untuk mencegah kanser. Para pakar membuktikan kandungan vitamin, galian, serat, fitokimia dan sebatian lain dalam sayur-sayuran dan buah-buahan mampu melindungi daripada serangan kanser. Makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan juga rendah kalori dan ini membawa mencegah kegemukan yang merupakan salah satu punca kanser.

2. Dapatkan berat badan ideal. Elakkan daripada mengalami kekurangan berat badan atau berlebihan berat badan. Ini kerana kegemukan boleh meningkatkan risiko endometrium (membran mukus yang mengalas rahim). Ia juga boleh meningkatkan risiko kanser payudara dan kanser buah pinggang. Selain itu, elakkan juga kenaikan berat badan mendadak selepas usia 18 tahun kerana ia berisiko besar.

3. Jangan duduk sahaja di tempat kerja. Lakukan ‘latihan ‘ berjalan selama sejam atau senaman seumpamanya setiap hari. Lakukan senaman sekurang-kurangnya sejam. Para pakar menyatakan, aktiviti fizikal yang kerap membantu mencegah kanser kolon, kanser payudara dan kanser paru-paru. Aktiviti fizikal juga membantu mengawal berat badan dan mencegah kanser yang dikaitkan dengan kegemukan.

Kanser kolon

4. Dalam sehari, ambil lima atau lebih hidangan yang terdiri daripada sayur-sayuran dan buah-buahan. Pengambilan makanan begini dapat melindungi daripada banyak jenis kanser seperti paru-paru, kolon, perut, mulut, farinks, esofagus, payudara, hempedu, larinks dan pankreas.


Kanser paru-paru

5. Kurangkan pengambilan makanan dan gula yang diproses. Makan lebih daripada tujuh hidangan yang terdiri daripada pelbagai bijirin, kekacang, tumbuhan berakar dan berubi. Pakar pemakanan menyatakan, bahagian terbesar diet sepatutnya datang daripada makanan ini. Jika diproses secara minimum, makanan seperti bijirin dan nasi, menawarkan lebih banyak serat dan zat makanan penting. Makanan berubi seperti kentang dan keledek, makanan berakar seperti lobak, pula dikaitkan sebagai pelindung kanser. Kekacang pula merupakan makanan kaya protein dan sumber tambahan dalam diet mencegah kanser.



Kanser prostat (lelaki saja)

8. Gunakan minyak sayur-sayuran yang sesuai secara sederhana. Hadkan pengambilan makanan berlemak terutamanya dari sumber haiwan. Diet yang tinggi lemak mendedahkan kepada risiko kanser paru-paru, kolon, payudara dan prostat. Jika ingin menambah lemak dalam makanan, gantikan dengan minyak sayur-sayuran.



9. Kurangkan pengambilan makanan bergaram dan garam dalam hidangan. Gunakan herba dan rempah sebagai bahan perasa. Kandungan garam yang tinggi boleh menyebabkan kanser perut. Di Amerika Syarikat umpamanya, garam dalam diet datang daripada makanan proses seperti sup kering dan sup dalam tin, makanan dingin beku dan makanan berawet yang menjadi sumber makanan utama di banyak tempat.

Kanser serviks (perempuan saja)


10. Jangan makan makanan yang tercemar dengan kulat. Makanan yang tercemar dengan aflatokesin dan mikroorganisma kulat mengundang bahaya kanser hati. Ini mungkin kerana makanan itu disimpan terlalu lama dalam keadaan panas atau lembap atau kerana melebihi tempoh.

11. Simpan makanan yang cepat rosak dalam peti sejuk. Ada kajian membuktikan penyejukan dapat mengurangkan keperluan garam sebagai pengawet dan sekaligus mengurangkan risiko kanser perut.

12. Kurangkan makanan yang disalai. Memadai ambil sekali-sekala makanan(daging atau ikan) yang disalai atas api serta daging yang diawetkan dan diasapkan. Makanan salai terutama daging dan ikan boleh mengakibatkan pengeluaran sebatian heterocyclic aromatic yang boleh menyebabkan kanser. Makanan yang diawetdengan nitrit pula mempunyai nitrosamina yang juga berpotensi menyebabkan kanser. Sebatian lain yang berbahaya akibat pembakaran kayu ditemui dalam makanan yang diasapkan.

13. Bagaimanapun kaedah memasak dengan suhu rendah seperti mengukus, merebus, mereneh, membakar dan memanggang dianggap baik untuk kesihatan.

14. Jangan merokok atau mengunyah tembakau.

15. Tembakau adalah penyebab utama kanser paru-paru dan berkemungkinan menyebabkan kanser mulut, kerongkong dan sistem penghadaman.

16. Tidak perlu diet supplemen bagi yang patuh kepada saranan di atas, anda mungkin tidak perlu lagi makanan tambahan yang kaya beta-karotena, vitamin C dan salenium yang boleh mencegah kanser. Para penyelidik sendiri tidak menyarankan pengambilan supplemen sebagai usaha mencegah kanser kerana supplemen yang menggabungkan pelbagai kombinasi dan dos belum dijamin berkesan. Sebaliknya makanan yang kaya khasiat dan sebatian terutama sekali buah-buahan dan sayur-sayuran lebih digalakkan.

#JomSihat
#SihatSambilBeramal
#BloodTestKtn

Mutiara Synergy Consultant
~Giving The Gift of Life~

0 comments:

Post a Comment