Pages

Friday 14 October 2016

Makanan Berkolestrol Tinggi



Badan gemuk atau kurus, bukanlah penentu mutlak kepada kandungan kolesterol dalam darah kita. Sebenarnya, jenis dan cara memasak makananlah yang menjadi faktor penting dalam menentukan kandungan kolesterol. Selalunya, makanan yang disukai ramai ialah makanan yang banyak mengandungi kolesterol, lemak trans, lemak tepu dan minyak dihidrogen separa kerana rasanya lebih enak dan rangup jika digoreng. Oleh itu, setiap orang perlu melakukan pemeriksaan kesihatan dari masa ke masa bagi menentukan kandungan kolesterol masing-masing. Jika disahkan anda mempunyai paras kolesterol yang tinggi, langkah-langkah sewajarnya perlu diambil, seperti mengurangkan makanan yang banyak kolesterol dan lemak yang berkaitan dengan peningkatan kolesterol seperti minyak trans dan minyak tepu.

Oleh itu, sebelum langkah pembaikan dilakukan, kita perlu tahu jenis-jenis makanan yang mengandungi kolesterol tinggi supaya ia mudah dihindari. Di antaranya makanan tersebut ialah:

1. Kuning telur.
2. Makanan bakar (dalam oven) (seperti pie, kek, biskut, muffin) dan makanan goreng (seperti kentang goreng, ayam goreng, doughnuts, dsb.)
3. Produk tenusu (krim penuh) dan organ dalaman (seperti hati) serta kulit ayam.
4. Mentega dan marjerin yang mengandungi lemak trans dan lemak tepu yang tinggi.

Panduan pengambilan jumlah makanan berkolesterol/lemak yang dicadangkan oleh pakar:

* Orang biasa: < 300 mg kolesterol sehari.
* Orang yang mempunyai penyakit jantung koronari: < 200 mg kolesterol sehari.
* Pengambilan lemak trans sehari: < 1% daripada jumlah pengambilan kalori makanan.
* Pengambilan lemak tepu sehari: < 7% daripada jumlah pengambilan kalori makanan.

#JomSihat
#SihatSambilBeramal
#BloodTestKtn
#UjianDarah
#MutiaraSynergy

 Mutiara Synergy Consultant 
~Giving The Gift of Life~

2 comments: