Pages

Monday 10 October 2016

Kenali Kanser Usus




Kanser kolon (usus besar) di kalangan penduduk Malaysia semakin bertambah sejak kebelakangan ini dan menjadi penyebab kedua bagi kematian oleh kanser. Mengikut Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Lokman Hakim Sulaiman, setiap tahun, kira-kira 2,900 rakyat Malaysia, terutama lelaki Cina berusia 50 tahun ke atas, dikesan menghidap kanser kolon (sumber Berita Harian). Ini sesuatu yang amat menakutkan.

Kanser kolon ini terjadi apabila sel abnormal tumbuh di lapisan permukaan dalam kolon atau rektum. Ia bermula dengan polip dan kemudian membesar menjadi sel/tisu kanser.

Selalunya pada peringkat awal, kanser ini tidak menunjukkan sebarang tanda. Jika kanser ini dapat dikesan pada peringkat awal dan dibuang, kemungkinan besar kanser ini dapat diubati dan pengidapnya boleh hidup seperti biasa, tetapi jika ia dikesan pada peringkat lewat, maka kemungkinan ia sembuh adalah tipis. Oleh itu, saringan perlu dilakukan apabila telah melebihi umur 50 tahun. Apabila terdapat tanda-tanda luaran seperti najis berdarah, sakit perut, perubahan habit buang air besar (sembelit atau cirit-birit), turun berat badan dengan agak mendadak, atau keletihan, maka ini menunjukkan tumor telah membesar dan sudah sukar untuk dirawat dengan berkesan.

Oleh itu, langkah-langkah pencegahan yang disarankan oleh pakar bagi mengelakkan risiko mendapat kanser kolon perlu diamalkan, seperti mengambil makanan yang tinggi kandungan fibernya, sayuran dan buah-buahan dengan banyak, kurangkan makan daging merah atau daging diproses atau daging yang dimasak pada suhu yang tinggi (dibakar atas api, salai, bakar dalam oven), banyakkan senaman dan kawal pengumpulan lemak di badan.

#JomSihat
#MutiaraSynergy
#SihatSambilBeramal

Mutiara Synergy Consultant
~Giving The Gift of Life~

3 comments:

  1. Alaaaaa...
    Baru nak pergi makan yakiniku di seoul garden

    ReplyDelete
  2. boleh je. nak makan kambing coffee grill ke. xde masalah pon. cume kene control la. jangan makan banyak sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. istilah banyak sangat tu dalam banyak mana?? boleh tuan terangkan tak?

      Delete