Pages

Monday 19 September 2016

Suntikan Vaksin Hepatitis B, Felda Bukit Sagu


Pemvaksinan Hep B bersama kakitangan FGV Bkt Sagu 8

Komplikasi penyakit yang boleh dicegah melalui imunisasi (Vaksin)..

TIBI (batuk kering)
Menyebabkan jangkitan yang serius pada radang paru-paru (pneumonia), radang selaput otak (meningitis) dan terus merebak kepada organ lain.

DIFTERIA
Toksik dikeluarkan oleh bakteria disebabkan oleh saluran pernafasan yang tersumbat atau pneumonia (radang paru-paru).

PERTUSIS (batuk kokol)
Ia akan menyebabkan batuk kokol dan kekurangan oksigen ke otak.

TETANUS
Keracunan bakteria menyebabkan kekejangan pada otot-otot badan dan keupayaan membuka rahang (kancing gigi).

HAEMOPHILUS INFLUENZAE jenis (Hib)
Bakteria ini menyebabkan jangkitan kepada paru-paru (pneumonia), saluran pernafasan dan radang saraf otak (meningitis).

HEPATITIS B Virus ini boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada hati dan mempengaruhi individu mendapat kanser hati pada masa depan.

POLIO
Virus ini boleh menyebabkan jangkitan kepada otak dan kecacatan kekal pada otot kaki.

CAMPAK
Virus ini boleh menyebabkan jangkitan kepada otak (encephalitis) and paru-paru (pneumonia).

BEGUK
Virus ini menyebabkan jangkitan kepada otak (encephalitis) dan testis (orchitis) dan boleh membawa kepada kemandulan.

RUBELLA
Virus rubella merebak di kalangan manusia, ibu hamil, terutamanya kehamilan bagi tiga bulan yang pertama dan boleh menyebabkan bayi mengalami kecacatan pada otak, sistem pendengaran dan penglihatan serta kerosakan hati. (terutamanya PDA patent ductus arteriosus)

PENYAKIT PNEUMOKOKUS YG MEMUDARATKAN
Bakteria ini boleh menyebabkan jangkitan paru-paru, meningitis dan darah yang teruk.

ROTAVIRUS
Virus ini boleh menyebabkan penyakit cirit-birit yang teruk, dehidrasi dan encephalitis.

VIRUS HUMAN PAPILLOMA
Virus ini boleh menyebabkan kanser serviks dan ketuat genital

Nota – Semua penyakit di atas sangat berbahaya dan boleh membawa kematian.

#JomVaksin
#JomSihat

MUTIARA SYNERGY CONSULTANT
"Giving The Gift Of Life"

0 comments:

Post a Comment