Pages

Tuesday 13 September 2016

Saringan Kesihatan



PEMERIKSAAN KESIHATAN @ SARINGAN KESIHATAN PERCUMA



Bilakah kali terakhir anda menjalani ujian saringan atau pemeriksaan kesihatan?...X pernah????...

Mungkin ada di antara kita yang hanya menjalani pemeriksaan kesihatan ketika diterima bekerja, tidak kurang beranggapan ia tidak penting kerana berasakan mereka cukup sihat. Ada juga yang takut hendak menjalani pemeriksaan kesihatan, bimbang jika keputusannya kelak menunjukkan mereka menghidap penyakit tertentu. Kebimbangan ini sebenarnya tidak berasas kerana lebih cepat sesuatu penyakit dikesan, lebih baik supaya kita boleh mendapatkan rawatan sewajarnya dengan segera. Kaedah rawatan lebih mudah dan murah jika penyakit masih di peringkat awal.



Mungkin ada yang bertanya, apa perlunya pemeriksaan kesihatan sedangkan mereka berasa cukup sihat? Pertubuhan Kesihatan Sedunia mendefinisikan kesihatan adalah sihat dari segi fizikal, mental dan sosial dan bukan hanya sekadar bebas dari segala penyakit atau ketidakupayaan. #JomSihat

Pemeriksaan kesihatan adalah kaedah untuk mengesan penyakit sebelum gejala penyakit muncul dan mengenalpasti punca sekiranya ada sebarang tanda tidak normal. Ini kerana ada banyak penyakit terutama penyakit kronik seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, kegagalan buah pinggang dan kanser yang bersarang dalam diam; gejala hanya muncul apabila penyakit sudah teruk.

Penyakit jantung, strok dan kanser adalah faktor utama kematian di Malaysia. Kegemukan, tekanan darah tinggi, kencing manis dan paras kolesterol yang tinggi adalah faktor risiko utama untuk penyakit jantung dan strok. Mengawal keadaan tersebut boleh mengelakkan atau mengurangkan kadar kejadian serangan penyakit kritikal spt jantung dan strok.

Keperluan ujian saringan kesihatan bergantung kepada umur, jantina, sejarah kesihatan keluarga dan sama ada anda mempunyai faktor risiko terhadap penyakit tertentu. Contohnya individu gemuk atau terlalu gemuk (obes) berisiko tinggi mendapat kencing manis, malah orang yang mempunyai salah seorang ibu atau bapa atau kedua-duanya menghidap kencing manis juga berisiko tinggi mendapat penyakit yang sama. Penyakit gaya hidup seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, masalah kolesterol tinggi adalah antara penyakit kronik yang tidak menunjukkan gejala awal sehinggalah ia sampai ke tahap serius.

© Utusan Melayu (M) Bhd

MUTIARA SYNERGY MALAYSIA
"Giving The Gift Of Life"

0 comments:

Post a Comment