Pages

Wednesday 7 September 2016

Kanser Payudara





KENALI JENIS-JENIS KANSER



Siri 1...Jom Ketahui..Sharing Is Caring..

KANSER PAYUDARA terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa.

Kanser payudara menyumbangkan peratus tertinggi bagi penyakit kanser di kalangan wanita. Sepanjang hidup seseorang wanita, risiko mengidap kanser payudara adalah 1 dalam 8 dan kemungkinan meninggal dunia akibatnya adalah 1 dalam 28.

TANDA-TANDA KANSER PAYUDARA

Pembentukan gumpulan merupakan tanda atau simptom biasa yang kekal untuk jangka masa yang panjang. Kemungkinan nodul asimptomatik akan muncul sebelum tanda-tanda atau simptom lain timbul. Sakit payudara atau mastodinia atau sakit pada gumpulan merupakan satu lagi tanda kanser payudara di peringkat awal. Kemudian tanda-tanda radang seperti sakit, panas, kemerahan atau bengkak akan berlaku jika salur limfa kecil di dalam kulit dan pembuluh limfatik diserang oleh tisu abnormal.

PUNCA KANSER PAYUDARA

Setakat ini tiada siapa yang benar-benar pasti apa punca kanser payudara. Antara faktor yang sering dikaitkan dengan kanser payudara termasuk sejarah kanser dalam keluarga, umur, genetik, pil perancang keluarga, berat berlebihan dan gaya hidup kurang aktif.

PERINGKAT KANSER PAYUDARA

Untuk mendiagnosis kanser payudara, pemerhatian dibuat melalui mamografi atau MRI payudara. Peringkat kanser payudara ditentukan mengikut sifat sel atau tahap pembiakan (proliferasi).

Peringkat 0 atau tumor kanser di tempat asalnya (karsinoma in situ) dikira sebagai risiko kanser payudara tanpa kehadiran penyakit itu sendiri.

Peringkat I merujuk kepada kanser payudara pada peringkat awal di mana ukuran melintang tumor kurang dari 2 sentimeter dan belum lagi merebak.

Peringkat II juga merujuk kepada kanser payudara pada peringkat di mana ukuran tumor adalah antara 2 hingga 5 sentimeter; atau lebih dari 5 sentimeter tetapi belum merebak; atau kurang dari 2 sentimeter tetapi telah merebak ke nodus limfa ketiak.

Peringkat III ialah di mana ukuran melintang tumor telah meningkat ke 5 sentimeter dan telah merebak ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak dengan banyaknya ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak ke nodus limfa terpencil di dalam tulang selangka atau tulang dada.

Peringkat IV merujuk kepada situasi di mana kanser payudara telah merebak ke kawasan di luar kawasan dada.

PENGESANAN AWAL MAMPU MENYELAMATKAN NYAWA

Mutiara Synergy Malaysia dgn kerjasama Pantai Premier Pathology (M) menawarkan perkhidmatan ujian darah bagi mengesan tanda2 awal keaktifan sel kanser. Dgn pengesanan awal ini dpt membantu anda mendapatkan rawatan awal sblm sel tersebut merebak menjadi Tumor..Adakah ia Mahal??..Tiada Masa??..MSC ada jawapanya..

MUTIARA SYNERGY MALAYSIA
"Giving The Gift Of Life"

0 comments:

Post a Comment