Kepentingan Menjalani Ujian Darah Komprehensif

Adakah anda tahu apa yang diuji dalam ujian darah komprehensif? Terdapat 70 ujian yang dijalankan. Baca selanjutnya di sini.

MSC Giveaway. Saringan Ujian Darah Percuma

MSC kini mengadakan 'GiveAway' baucer PERCUMA kepada sesiapa yang ingin mendapatkan pemeriksaan kesihatan bersempena dengan Karnival Tahunan yang dianjurkan Lynas dan Majlis Perbandaran Kuantan. Baca selanjutnya di sini.

Barah Yang Hanya Menyerang Wanita

Sistem peranakan wanita tidak terselamat dari ancaman penyakit kritikal seperti barah. Tahukah anda apakah gejala, cara pencegahan dan rawatan penyakit ini? Baca selanjutnya di sini.

Selamat Ulangtahun Yang Pertama.

Mutiara Synergy Consultant baru mengakhiri tahun yang pertama dan kini mencari rakan niaga untuk menyertai kami. Ketahui bagaimana anda dapat menjana pendapatan sampingan bersama kami. Baca selanjutnya di sini.

Apakah Virus Zika?

Kes pertama di dunia dilaporkan berlaku di negara jiran, Singapura. Dan kes pertama di Malaysia dilaporkan berlaku di Sabah. Dimaklumkan bahawa kedua-dua pesakit tidak pernah ke luar negara. Ketahui bagaimana anda boleh mencegah dari dijangkiti virus ini. Baca selanjutnya di sini.

Pages

Thursday 29 September 2016

Manfaat Kopi untuk Kesihatan dan Kecantikan


MANFAAT KOPI UTK KESIHATAN & KECANTIKAN


Kopi adalah salah satu minuman yang sangat sihat bila diminum dalam jumlah yang tidak berlebihan. Kerana kopi sarat dengan kandungan antioksidan dan nutrisi yang bermanfaat untuk meningkatkan kesihatan tubuh. Beberapa kajian menunjukkan bahawa peminum kopi memiliki risiko yang jauh lebih rendah untuk terkena beberapa jenis penyakit serius. Berikut ini adalah manfaat kopi untuk kesihatan dan kecantikan tubuh ;

1. MENINGKATKAN TENAGA
Kopi dapat meningkatkan energi kerana mengandungi stimulan yang disebut kafein, yang sebenarnya adalah zat psikoaktif. Setelah Anda minum kopi, kafein diserap ke dalam aliran darah yang kemudian mengalir sampai ke otak. Banyak ujikaji yang menunjukkan bahawa kopi meningkatkan fungsi otak iaitu memori, suasana hati, kewaspadaan, tingkat energi, waktu reaksi dan fungsi umum kognitif.

2. MEMBAKAR LEMAK
Adakah anda tahu bahawa kafein ditemukan di hampir setiap suplemen pembakaran lemak komersial? Ada alasan baik untuk itu krn kafein merupakan salah satu zat alami yang benar-benar telah terbukti membantu pembakaran lemak. Beberapa kajian menunjukkan bahwa kafein dapat meningkatkan metabolisme tubuh sekitar 3-11%. Kajian lain menunjukkan bahwa kafein secara khusus dapat meningkatkan pembakaran lemak, sebanyak 10% pada orang yg obes manakala 29% pada orang normal.


Wednesday 28 September 2016

Khasiat Barli

TAHUKAH ANDA KHASIAT BARLI???



Barli atau nama botaninya Hordeum Vulgarie dikatakan bijirin pertama yang telah ditanam di timur tengah kira-kira 9000 tahun dan mungkin juga merupakan bijirin terawal dan paling penting pada ketika itu. Isi rong atau bijirin barli boleh dijadikan tepung, emping dan bran. Batangnya boleh dijadikan kertas dan bahan pembinaan manakala keseluruhan tanaman boleh dijadikan sebagai makanan haiwan ternakan.

Pokok barli tergolong dalam keluarga Gramineae dan menyerupai pokok gandum yang banyak ditanam di negara-negara Barat. Bijirin barli merupakan sumber terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian. Terdapat dua jenis serat pemakanan iaitu mudah dilarutkan dan tidak mudah dilarutkan. Barli mempunyai kedua-dua jenis serat ini dan merupakan sumber terbaik serat yang mudah dilarut. Kajian klinikal di Australia, Kanada dan Amerika Syarikat melaporkan bahawa serat daripada barli efektif dalam merendahkan kolesterol dalam darah. Serat yang tidak mudah larut dalam barli adalah penting bagi memastikan usus dapat berfungsi dengan sihat.


Tuesday 27 September 2016

Tadika Saintis Indera Sempurna

Terima Kasih kepada semua ibu bapa dan guru2 yang menjayakan program hari bertemu ibubapa pada 21.8.2016 di Tadika Sainstis Indera sempurna..

Team MSC berkesempatan untuk menjalankan activiti pemeriksaan kesihatan Percuma pd hari tersebut.



Monday 26 September 2016

Rocana Hotel

Hari ini sekali lagi MSC mengadakan Program "Pemeriksaan Kesihatan Percuma"

Kali ini kami dijemput ke sebuah hotel yg menjadi pilihan ramai kerana lokasinya ditengah-tengah ibu kota Kuantan iaitu Rocana Hotel Kuantan..

Terima kasih atas layanan serta kemesraan kesemua warga kerja Rocana Hotel yang amat sporting...terutama kepada Angela (HR Manager) & General Manager..






Sunday 25 September 2016

Perbadanan Stadium Darul Makmur


Taklimat kesedaran ttg kesihatan terutama Blockage Jantung bersama Staff2 Perbadanan Stadium Darul Makmur

Tahukah anda organ terpenting anda adalah JANTUNG

Tahukah anda cara utk mengatasi masalah serangan Jantung serta cara mencegahnya..
Kami dari MSC sedia membantu anda dengan membuat Taklimat serta 'Pemeriksaan Kesihatan Percuma' di tempat anda..





Saturday 24 September 2016

Mangala Resort and Spa

Mutiara Synergy mengorak 1 langkah lagi...

Hari ini 30hb ogos 2016 menjadi pengalaman manis buat semua team MSC.
Jam 4pm selesai sudah perbincangan dgn pihak Mangala Resort & Spa Gambang Kuantan.
In sha Allah kami akan beri kerjasama yang terbaik buat seluruh pengurusan Mangala Resort & Spa nanti..



Friday 23 September 2016

SMK Gambang

Mutiara Synergy telah pun berkunjung ke SMK Gambang bagi menjalankan ujian darah dalam kalangan guru-guru sekolah. Seramai 7 orang guru telah menjalani ujian darah.

Jutaan terima kasih kepada SMK Gambang kerana telah memberi kerjasama kepada MSC untuk melakukan ujian darah dan diharapkan para guru terus berjuang mendidik anak bangsa dengan jayanya,







Thursday 22 September 2016

AmMetLife Kuantan

Sharing idea "Selling Bullet" bersama dgn Team Ammetlife Kuantan..
Anda Semua Sporting.. moga sedikit ilmu yng dikongsi dpt memberi manfaat buat anda semua..

ALL THE BEST..GO FOR MDRT..ANDA BOLEH!!!

1 Million 1 Dream..





#MutiaraSynergy
#BloodTestKtn

MUTIARA SYNERGY CONSULTANT
"Giving The Gift Of Life"

Wednesday 21 September 2016

Info Kanser Serviks



KANSER SERVIK-GEJALA, PENCEGAHAN & RAWATAN


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang melaporkan bahawa terdapat lebih daripada 700 wanita di Malaysia maut akibat kanser serviks pada setiap tahun.

Punca sebenarnya juga agak masih menjadi misteri namun dari kajian saintis ,terjadinya prakanser dan kanser servik adalah disebabkan oleh jangkitan virus yang dinamakan Human Papilloma Virus ( HPV ).

Terdapat lebih dari 100 jenis HPV dan kajian menunjukkan 99.7% daripada kes-kes kanser servik mempunyai kaitan secara langsung dengan virus HPV jenis 16 dan 18 sementara jenis 6 dan 11 pula dikaitkan dengan ketuat kelamin.

Secara umumnya, jangkitan HPV berlaku tanpa disedari.
Ia tidak menunjukkan sebarang simptom atau gejala klinikal dan akan sembuh dalam tempoh 9 hingga 12 bulan. Walaubagaimanapun dianggarkan 20 peratus dari mereka yang dijangkiti akan mendapat jangkitan kronik HPV yang berlarutan melebihi tempoh 18 bulan.

Diatas sebab-sebab inilah maka ujian pap smear perlu dilakukan bagi mengesan sel luarbiasa yang dikenali sebagai ‘dysplasia’ sebelum sel kanser servik mula membentuk dan mulai dikesan.Realitinya pada masa dan saat ini hanya ujian pap smear mampu mengesan sel luarbiasa ini dan keputusan rawatan juga akan bergantung kepada jenis sel kanser yang berjaya dikesan.

Lazimnya kanser servik mengambil masa yang agak lama untuk membentuk dari bermula jangkitan sehingga menjadi prakanser adalah dianggarkan melebihi 5 tahun dan dari prakanser kepada kanser serviks akan mengambil masa sehingga 10 tahun atau lebih.


Cara HPV Berjangkit

Cara virus HPV berjangkit terutamanya adalah melalui hubungan seksual dan sentuhan antara kulit di kawasan genital.

Seseorang itu berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan HPV sekiranya:-

1. Hubungan seksual bermula di awal remaja
2. Mempunyai pasangan seks yang ramai
3. Pernah dijangkiti penyakit-penyakit kelamin(STD)
4. Antara faktor sampingan (co factor)yang menyumbang kepada terjadinya kanser serviks selepas jangkitan HPV berlaku ialah antaranya merokok, kerap hamil, jangkitan HIV akibat sistem imuniti yang rendah dan jangkitan kelamin


ANTARA GEJALA YANG PERLU DI AWASI


Tidak semua gejala yang saya sebutkan sebagai gejala yang perlu diawasi ini memungkinkan kanser serviks disebabkan masih terdapat lagi ruang untuk gejala yang sama dari jangkitan keputihan biasa seperti trikomonas,bacterial vaginosis (BV) atau candida albican umpamanya yang masih boleh dirawat dengan mudah .

Sikap tenang dan tidak terburu-buru membebankan fikiran dengan sangkaan telah dijangkiti kanser servik sebelum melakukan ujian pap smear hanya akan merugikan diri dan emosi.

Antara tanda dan gejala yang perlu diawasi adalah seperti berikut:

1. Apabila mengalami perdarahan yang luarbiasa dari vagina (bukan haid)
2. Berlaku perdarahan yang banyak dan yang berpanjangan
3. Berlaku perdarahan di antara 2 haid
4. Terdapat kehadiran darah beku
5. Mengalami perdarahan selepas hubungan seksual
6. Sakit semasa melakukan hubungan seksual
7. Perdarahan dari vagina selepas putus haid
8. Keluar cecair yang luarbiasa dari vagina
9. Berbau atau bercampur darah
10. Vaksin Gardasil dan Cervarix


Berita baiknya ialah sejenis vaksin HPV telah dicipta oleh saintis yang berupaya untuk mencegah jangkitan terhadap virus HPV. Vaksin HPV yang dinamakan Gardasil dan Cervarix telah diluluskan oleh FDA dan ratusan negara di seluruh dunia telah meluluskan penggunaan vaksin ini termasuk Malaysia. Vaksin ini perlu diberi sebanyak 3 kali dalam masa 6 bulan kepada wanita seawal usia 9-26 tahun. Suntikan vaksin ini akan meransang sistem pertahanan badan untuk menghasilkan antibodi terhadap virus HPV yang terkandung dalam vaksin tersebut.

Antibodi ini akan menghalang kemasukan atau jangkitan virus HPV ke atas wanita tersebut. Kesan maksima daripada vaksin ini cuma akan diperolehi oleh wanita yang belum terdedah kepada hubungan seks. Namun, seperkara yang perlu diingat walaupun vaksin ini berkesan mencegah jangkitan virus HPV yang menjadi punca kanser servik, kesan akhir terhadap pengurangan insiden kanser ini cuma akan dapat dilihat selepas 15-20 tahun program perlalian berjalan. Ujian saringan Pap Smear masih perlu dijalankan kerana vaksin ini cuma mencegah 70% daripada kanser servik.



Antara kaedah /saranan pencegahan


Pada hakikatnya, hanya dengan mengamalkan cara hidup yang sihat sebagaimana yang dituntut didalam Islam mungkin dapat mengurangkan risiko untuk dijangkiti kanser serviks

Berikut adalah antara beberapa kaedah /saranan yang boleh diamalkan sebagai agen pencegahan kanser serviks;

1. Menambahkan ilmu pengetahuan tentang prakanser dan kanser serviks
2. Menjalani ujian saringan pap smear
3. Mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti senaman dan pemakanan seimbang.
4. Pengambilan buah-buahan dan sayuran mengandungi banyak antioksida yang boleh membantu mencegah kanser.
5. Mengelakkan daripada tabiat merokok.
6. Mengamalkan hubungan seks yang sah dan sihat.
7. Jauhkan dari melakukan seks secara rambang atau dengan ramai pasangan Kaedah pelalian dengan pengambilan vaksin HPV

Perkara asas kepada pencegahan adalah menjauhi amalan-amalan yang tidak sihat dan menjalani kehidupan selaras dengan tuntutan agama kerana itulah didalam Islam pencegahan lebih diutamakan dari perawatan. Kita dituntut untuk berusaha melengkapkan diri dengan ilmu supaya mudah meresap tekanan yang bakal datang bersama simptom-simptom yang agak mengelirukan tentang kanser servik.

Namun kita juga dituntut untuk berusaha mengesan kehadiran mikro organisma yang ‘tidak diundang’ ini dari dalam tubuh. Mahu tidak mahu,suka tidak suka kita cuma ada satu pilihan sahaja untuk mengetahuinya iaitu dengan menjalani ujian PAP SMEAR.

MUTIARA SYNERGY CONSULTANT
~Giving The Gift of Life~

Kunjungan ke Asturi Gebeng dan De Rhu Beach Resort




MSC melebarkan sayap..

Perbincangan yg amat positif bersama HR manager De Rhu Beach Resort (En.Abd Halim) & Asturi Gebeng (Cik Syarifah) berkenaan saringan awal kesihatan para pekerja mereka bg meningkatkan Produktiviti syarikat.

#MutiaraSynergy #BloodTestKtn
#JomSihat #FreeHealthTest
http://msc-hematology.blogspot.my/?m=1

MUTIARA SYNERGY CONSULTANT
"Giving The Gift Of Life"

Tuesday 20 September 2016

Permatang Badak






PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA..

Terima kasih kepada keluarga nenek busu..SEMUA Sporting..Siap jamu nasi lemak terbaik lagi.. Moga Allah balas kebaikan family nenek busu..

Program : Pemeriksaan Kesihatan Percuma
Tarikh. : 10.9.2016
Masa. : 7.30am - 9am
Tempat. : Rumah nenek busu permatang badak


#MutiaraSynergy

MUTIARA SYNERGY CONSULTANT
"Giving The Gift Of Life"

Monday 19 September 2016

Suntikan Vaksin Hepatitis B, Felda Bukit Sagu


Pemvaksinan Hep B bersama kakitangan FGV Bkt Sagu 8

Komplikasi penyakit yang boleh dicegah melalui imunisasi (Vaksin)..

TIBI (batuk kering)
Menyebabkan jangkitan yang serius pada radang paru-paru (pneumonia), radang selaput otak (meningitis) dan terus merebak kepada organ lain.

DIFTERIA
Toksik dikeluarkan oleh bakteria disebabkan oleh saluran pernafasan yang tersumbat atau pneumonia (radang paru-paru).

PERTUSIS (batuk kokol)
Ia akan menyebabkan batuk kokol dan kekurangan oksigen ke otak.

TETANUS
Keracunan bakteria menyebabkan kekejangan pada otot-otot badan dan keupayaan membuka rahang (kancing gigi).

HAEMOPHILUS INFLUENZAE jenis (Hib)
Bakteria ini menyebabkan jangkitan kepada paru-paru (pneumonia), saluran pernafasan dan radang saraf otak (meningitis).

HEPATITIS B Virus ini boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada hati dan mempengaruhi individu mendapat kanser hati pada masa depan.

POLIO
Virus ini boleh menyebabkan jangkitan kepada otak dan kecacatan kekal pada otot kaki.

CAMPAK
Virus ini boleh menyebabkan jangkitan kepada otak (encephalitis) and paru-paru (pneumonia).

BEGUK
Virus ini menyebabkan jangkitan kepada otak (encephalitis) dan testis (orchitis) dan boleh membawa kepada kemandulan.

RUBELLA
Virus rubella merebak di kalangan manusia, ibu hamil, terutamanya kehamilan bagi tiga bulan yang pertama dan boleh menyebabkan bayi mengalami kecacatan pada otak, sistem pendengaran dan penglihatan serta kerosakan hati. (terutamanya PDA patent ductus arteriosus)

PENYAKIT PNEUMOKOKUS YG MEMUDARATKAN
Bakteria ini boleh menyebabkan jangkitan paru-paru, meningitis dan darah yang teruk.

ROTAVIRUS
Virus ini boleh menyebabkan penyakit cirit-birit yang teruk, dehidrasi dan encephalitis.

VIRUS HUMAN PAPILLOMA
Virus ini boleh menyebabkan kanser serviks dan ketuat genital

Nota – Semua penyakit di atas sangat berbahaya dan boleh membawa kematian.

#JomVaksin
#JomSihat

MUTIARA SYNERGY CONSULTANT
"Giving The Gift Of Life"

Sunday 18 September 2016

Majlis Perbandaran Kemaman



Taklimat "Kepentingan Saringan Kesihatan + Pemeriksaan Kesihatan Percuma" di Majlis Perbandaran Kemaman Today...Done...

Thank a lots kpd En.Kamaruzaman, Pn.Wan & Seluruh Tenaga kerja MPK,Kemaman yg menjayakan program hari ini..U alls mmg owesome & sporting...

Tak sabar nk jumpa u alls lg pd sesi taklimat ke2.. Kesedaran Kepentingan Pemeriksaan Awal.. "Sihat Ke Kita????..." pd Khamis ini..

#FreeHealthTalk
#JomSihat

MUTIARA SYNERGY CONSULTANT
"Giving The Gift Of Life"


Saturday 17 September 2016

Nak Kurus? Dengan Timun Sahaja.

Tahukah anda timun sebenarnya mempunyai banyak khasiat dan bukan sekadar ulam? 
CEPAT KURUS
Timun bagus untuk menurunkan berat badan kerana kandungan kalorinya rendah tetapi tinggi kandungan air. Amalan memakan timun membantu mengatasi sembelit. Kajian mendapati sesetengah sebatian dipanggil sterol kolestrol di dalam timun membantu mengurangkan paras kolestrol.
RAMBUT
Timun membantu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat kerana ia mengandungi silikon dan sulfur.
GUSI & GIGI
Jus timun juga bermanfaat bagi anda yanag mengalami masalah gigi dan gusi kerana timun merupakan sumber serat yang baik.


MATA
Jika anda mengalami mata letih dan bengkak, tekapkan saja timun yang yang dipotong membulat pada mata. Timun mempunyai sifat anti-inflamasi dan membantu mengurangkan bengkak tersebut.

SISTEM PENGHADAMAN
Jus timun segar membantu mengurangkan masalah ulser keasidan, pedih ulu hati dan gastrik. Kandungan air yang tinggi dan serat makanan dalam timun membantu mengurangkan toksin dari sistem penghadaman.

KULIT
Kandungan air yang tinggi, vitamin A, B, C dan mineral tertentu seperti magnesium, kalium, serta silika menjadikan timun bagus untuk kulit. Masker yang dihasilkan daripada timun boleh digunakan untuk mengatasi masalah ketegangan kulit. Kulit timun membanti memberi kelegaan pada kulit yang disebabkan oleh sinaran matahari. Asid askorbik dan asid caffeic dalam timun membantu mengurangkan keadaan bengkak di bawah mata.

#BloodTestKtn

MUTIARA SYNERGY MALAYSIA
"Giving The Gift Of Life"

Friday 16 September 2016

Cuci Buah Pinggang Dengan Hanya RM1





Tahukah anda dengan hanya RM 1.00 ??? anda mampu mencuci buah pinggang yang banyak berjasa pada kita ini.
😎 Caranya mudah sahaja !!!
🍲 Cara Penyediaan :
• Beli seikat daun SUP
• Cuci bersih-bersih & potong kecil2
• Masukkan kedalam periuk & masukan air bersih
• Didihkan untuk sepuluh minit sahaja
• Sejukkan , tapis & masukkan kedalam botol yang sesuai dan disimpan dalam peti sejuk

🍵 Cara minum :
Amalkan meminumnya (segelas sehari) dan anda akan rasa perubahannya. IN SHAA ALLAH..

📝 Nota :
Segala kandungan (garam dan racun) akan dikumuhkan melalui air kencing. Daun SUP- telah diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang kita dan ia adalah SEMULA JADI !

MUTIARA SYNERGY MALAYSIA
"Giving The Gift Of Life"

Thursday 15 September 2016

7 Khasiat Daun Kari



7 KHASIAT DAUN KARI...

1. DAUN KARI; Sembuhkan penyakit Diabetes

2. DAUN KARI; Menyuburkan & menguatkan Rambut

3. DAUN KARI; Bantu atasi Anemia

4. DAUN KARI; Bantu hentikan Cirit Birit

5. DAUN KARI; Untuk Kecantikan dan Kesihatan Tubuh

Manfaatkan Khasiat Daun Kari untuk kecantikan dan kesihatan tubuh dengan cara yang murah & lebih selesa.


Wednesday 14 September 2016

Bawang Putih Herba Anti Kanser



BAWANG PUTIH HERBA

ANTI KANSER...

Wowwww, setidaknya itulah reaksi yang ditemukan oleh para peneliti ketika meneliti khasiat bawang putih untuk penyakit paling berbahaya iaitu kanser. Bawang putih disebut sebagai herba/tanaman anti kanser kerana kandungan sulfida alil yang terdapat dalamnya.

Salah satu bukti nyata yang ditemukan para peneliti adalah kandungan PhIP, salah satu bentuk dari amina heterosiklik (HCA) yang merupakan zat yang dapat memicu kanser payudara bagi perempuan. Dari berbagai penelitian yang dilakukan, zat diallyl sulfida yang terdapat dalam bawang putih menyekat pertumbuhan dan transformasi PhIP menjadi karsinogen yang pada akhirnya menjadi penyebab kanser payudara.

Namun perlu anda ingat bahwa bawang putih memiliki zat anti kanser yang efektif untuk mencegah pertumbuhan sel dari berbagai jenis kanser yang berbahaya bagi anda. Selain drpd itu bawang putih juga boleh menurunkan Tekanan Darah Tinggi.

Ini adalah manfaat bawang putih yang sudah teruji, telah banyak kajian yang mengeluarkan fakta bahwa bawang putih efektif menurunkan tekanan darah tinggi sekitar 7-8% (Sumber : WebMD). Bahkan efek dari bawang putih ini dapat menurunkan tekanan darah pada orang normal.

MUTIARA SYNERGY MALAYSIA
"Giving The Gift Of Life"

Tuesday 13 September 2016

Saringan Kesihatan



PEMERIKSAAN KESIHATAN @ SARINGAN KESIHATAN PERCUMA



Bilakah kali terakhir anda menjalani ujian saringan atau pemeriksaan kesihatan?...X pernah????...

Mungkin ada di antara kita yang hanya menjalani pemeriksaan kesihatan ketika diterima bekerja, tidak kurang beranggapan ia tidak penting kerana berasakan mereka cukup sihat. Ada juga yang takut hendak menjalani pemeriksaan kesihatan, bimbang jika keputusannya kelak menunjukkan mereka menghidap penyakit tertentu. Kebimbangan ini sebenarnya tidak berasas kerana lebih cepat sesuatu penyakit dikesan, lebih baik supaya kita boleh mendapatkan rawatan sewajarnya dengan segera. Kaedah rawatan lebih mudah dan murah jika penyakit masih di peringkat awal.


Monday 12 September 2016

Ujian Darah Komprehensif

Bilakah Kali Terakhir Anda Menjalani Ujian Darah Komprehensif?
Sejauh Mana Anda Menyedari Kepentingan Ujian Saringan Kesihatan?


APAKAH YG DILAKUKAN DALAM UJIAN DARAH?

*1) KIRAAN DARAH KESELURUHAN*

Ia dilakukan untuk mengetahui kiraan darah keseluruhan anda, paras gula (glukosa), kandungan lipid (kolesterol), fungsi hati dan buah pinggang anda.

Dalam ujian ini, tiga perkara diukur iaitu kiraan sel darah merah, sel darah putih dan platelet. Ujian ini penting untuk mengetahui kiraan sel darah merah anda (terutama hemoglobin) yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh organ dan badan.

Ia juga penting,terutama wanita yang mengalami masalah anemia (kurang sel darah merah), kerana mereka tidak menyedarinya. Bagi individu anemia, keadaan boleh menjadi lebih buruk jika mereka tidak mendapat makanan berkhasiat dan ketika haid.


Sunday 11 September 2016

Teh Tarik

Teh Tarik = 100 Gram Kolesterol 😱!!!



Minuman ☕ popular di negara ini..siapa yang tak pernah minum teh tarik seumur hidup mereka ❓

Rakyat Malaysia telah sinonim dengan 'kedai kopi, 'mamak stall' dan sebagainya...'. Kalau pergi ke kedai mamak atau gerai-gerai di tepi jalan, pilihan utama kita atau rakan-rakan adalah teh tarik. Jika ada yang mahu minuman sejuk, mereka pesan teh ais 🍺.
Teh tarik ☕ atau teh ais 🍺sama saja dari segi komplikasinya. Ia ditambah susu pekat manis sebagai pelazat minuman. Tanpa susu, ia tidak digelar teh tarik. Susu pekat manis inilah sebenarnya mengandungi gula yang tinggi serta kolesterol tidak baik. Apabila meminumnya, biasanya tekak kita akan terasa seperti mempunyai kahak atau mukus. Bagi yang sudah biasa minum teh tarik, mungkin ia tidak terasa atau sudah lali dengan keadaan itu malah menganggap ia perkara biasa kesan meminum susu.
Sejak dr kecil kanak-kanak diajar bersarapan dengan roti keju, mentega, nasi lemak, donat dan minum susu. Semuanya mengandungi kolesterol yang tinggi. Akhirnya, pada lingkungan umur 30-an, kita akan memiliki kadar kolesterol yang sama dengan kolesterol yang terdapat dalam beribu-ribu potongan daging. Tidak hairan penyakit jantung masih pembunuh nombor satu di Malaysia. Tiada jawapan lain yang lebih muktamad dari itu.

Pengeluar susu dari syarikat tempatan mahupun syarikat asing berterusan membuat iklan dan propaganda mengatakan susu itu baik untuk kesihatan & tanpa kolestrol. Malah perkataan Teh Tarik sudah dipopularkan pada label tin susu keluaran mereka - demi menggalakkan orang ramai meminum teh tarik. Padahal tahap gula yang tinggi dalam susu pekat adalah sama dengan minuman berkarbonat! Apalah bezanya minuman berkarbonat dengan susu pekat manis?

Jika anda pernah berbual bersama atlit atau penyanyi - mereka akan cuba mengelak dari meminum susu kerana mereka tahu susu menyebabkan kehadiran mukus. Ia mengakibatkan para ahli sukan tidak dapat mencapai prestasi yang optimum, penyanyi tidak dapat mengawal suara dengan baik dan lancar. Lebih teruk lagi, ia boleh menyebabkan serangan asma, suatu reaksi alergik terhadap susu.

Sebagai pilihan lain untuk menggantikan teh tarik dan susu pekat, anda boleh mendapatkan bekalan susu segar, tetapi susu segar yang organik biasanya sukar diperolehi di kawasan bandar. Susu yang diperah dari lembu yang diternak di ladang ternakan secara besar-besaran (lembu tenusu) semuanya disuntik dengan hormon bovin yang dihasilkan dari kejuruteraan genetik, yang merangsang ternakan untuk menghasilkan lebih banyak susu dari kadar biasa.

MUTIARA SYNERGY MALAYSIA
"Giving The Gift Of Life"

Saturday 10 September 2016

Vaksin

KESAN SAMPINGAN & KESELAMATAN VAKSIN..

Semua vaksin yang diberi adalah selamat dan berkesan selaras dengan cadangan World Health Organization (WHO). Kesan sampingan adalah ringan mempunyai batasannya sendiri. Ini termasuk demam, bengkak ringan dan sakit pada tempat yang disuntik.

Kesan sampingan yang serius adalah jarang berlaku. Segeralah berjumpa dengan doktor, jika berlaku keadaan berikut :

Menangis berterusan, mengantuk, pucat, berlaku kecutan otot dalam tempoh 48 jam selepas suntikan

Berlaku ruam panas, kesukaran bernafas dan mengantuk yang serius.


Ikuti sambungangan bahagian ke 2 esok..


MUTIARA SYNERGY CONSULTANT
"Giving The Gift Of Life"

Friday 9 September 2016

Ketahui Jenis Darah Tanpa Jarum

KETAHUI KUMPULAN DARAH TANPA JARUM.. BETUL KE NI????

Hanya jawab beberapa soalan...Jom try,test sendiri..betul atau tidak ???....

Jawab soalan-soalan dibawah ;


1. Jika kamu tidak sependapat dengan orang lain, maka ...
a. Membesar-besarkan masalah untuk mendapatkan perhatian
b. Mengutarakan pendapat kamu secara halus
c. Mengejek pendapat mereka dengan penuh semangat
d. Menyetujui pendapat mereka untuk menghindari perselisihan

Thursday 8 September 2016

Adakah Anda Sihat?

ADAKAH SAYA SIHAT ???

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mendefinisikan kesihatan adalah sihat dari segi fizikal, mental dan sosial dan bukan hanya sekadar bebas dari segala penyakit atau ketidakupayaan.
Anda boleh membuat beberapa ujian atau saringan untuk mengetahui adakah anda sihat atau tidak. 

Apakah itu ujian saringan?
Ujian saringan adalah ujian atau penilaian untuk mengesan awal penyakit atau keadaan luarbiasa bagi memudahkan rawatan.

Wednesday 7 September 2016

Kanser Payudara





KENALI JENIS-JENIS KANSER



Siri 1...Jom Ketahui..Sharing Is Caring..

KANSER PAYUDARA terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa.

Kanser payudara menyumbangkan peratus tertinggi bagi penyakit kanser di kalangan wanita. Sepanjang hidup seseorang wanita, risiko mengidap kanser payudara adalah 1 dalam 8 dan kemungkinan meninggal dunia akibatnya adalah 1 dalam 28.

TANDA-TANDA KANSER PAYUDARA

Pembentukan gumpulan merupakan tanda atau simptom biasa yang kekal untuk jangka masa yang panjang. Kemungkinan nodul asimptomatik akan muncul sebelum tanda-tanda atau simptom lain timbul. Sakit payudara atau mastodinia atau sakit pada gumpulan merupakan satu lagi tanda kanser payudara di peringkat awal. Kemudian tanda-tanda radang seperti sakit, panas, kemerahan atau bengkak akan berlaku jika salur limfa kecil di dalam kulit dan pembuluh limfatik diserang oleh tisu abnormal.

PUNCA KANSER PAYUDARA

Setakat ini tiada siapa yang benar-benar pasti apa punca kanser payudara. Antara faktor yang sering dikaitkan dengan kanser payudara termasuk sejarah kanser dalam keluarga, umur, genetik, pil perancang keluarga, berat berlebihan dan gaya hidup kurang aktif.

PERINGKAT KANSER PAYUDARA

Untuk mendiagnosis kanser payudara, pemerhatian dibuat melalui mamografi atau MRI payudara. Peringkat kanser payudara ditentukan mengikut sifat sel atau tahap pembiakan (proliferasi).

Peringkat 0 atau tumor kanser di tempat asalnya (karsinoma in situ) dikira sebagai risiko kanser payudara tanpa kehadiran penyakit itu sendiri.

Peringkat I merujuk kepada kanser payudara pada peringkat awal di mana ukuran melintang tumor kurang dari 2 sentimeter dan belum lagi merebak.

Peringkat II juga merujuk kepada kanser payudara pada peringkat di mana ukuran tumor adalah antara 2 hingga 5 sentimeter; atau lebih dari 5 sentimeter tetapi belum merebak; atau kurang dari 2 sentimeter tetapi telah merebak ke nodus limfa ketiak.

Peringkat III ialah di mana ukuran melintang tumor telah meningkat ke 5 sentimeter dan telah merebak ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak dengan banyaknya ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak ke nodus limfa terpencil di dalam tulang selangka atau tulang dada.

Peringkat IV merujuk kepada situasi di mana kanser payudara telah merebak ke kawasan di luar kawasan dada.

PENGESANAN AWAL MAMPU MENYELAMATKAN NYAWA

Mutiara Synergy Malaysia dgn kerjasama Pantai Premier Pathology (M) menawarkan perkhidmatan ujian darah bagi mengesan tanda2 awal keaktifan sel kanser. Dgn pengesanan awal ini dpt membantu anda mendapatkan rawatan awal sblm sel tersebut merebak menjadi Tumor..Adakah ia Mahal??..Tiada Masa??..MSC ada jawapanya..

MUTIARA SYNERGY MALAYSIA
"Giving The Gift Of Life"